Sunday 3 February 2013

NeuWhite



GLUTATHIONE dan COLLAGEN adalah dua perkara berbeza... Fungsinya juga berbeza.
GLUTATHIONE berfungsi sebagai antioksidan yang dapat mencerahkan kulit dengan mecerahkan melanin (sel kulit gelap) kepada warna yg lebih cerah. Glutathione sememangnya wujud dalam hati manusia, bezanya tinggi atau rendah sahaja. Ianya bukan sekadar anti-oksidan tetapi sebagai agen immune badan dan agen detoxify. Sumber semulajadi yang kaya Glutathione adalah susu ibu, cauliflower, avocado, potato, asparagus dan banyak lagi.

COLLAGEN berfungsi untuk membina sel-sel kulit baru, menguatkan ikatan sel-sel kulit membolehkan kulit jadi tegang, lembut, cerah, dan cantik. Sumbernya yang semulajadi adalah dari ikan. Ikan beriklim sejuk mempunyai paling banyak jumlah kolagen dalam badan. Kolagen biasa mempunyai saiz molekular antara 10,000 – 30,000 Dalton. Setelah melalui proses hidrolisis, saiznya menjadi lebih kecil iaitu kurang daripada 1000 Dalton. Dengan saiz molecular yang kecil, hydrolyzed Collagen mudah diserap oleh badan. Supplement kolagen terhidrolisis juga boleh merangsang badan menghasilkan lebih kolagen tersendiri. Profil asid amino yang tinggi – proses hidrolisis boleh mengasingkan komponen lain daripada kulit ikan dan yang tinggal hanya rangkaian asid amino sahaja. Tiada kolestrol dan lemak. Produk kami juga Halal daripada sumber ikan. Bila semakin meningkat usia, production collagen tak lagi seaktif zaman muda remaja.

Amalan pemakanan yang baik tidak mencukupi untuk memastikan bahan-bahan ini kekal dalam badan kerana persekitaran hidup kita pada zaman ini yang mudah terdedah kepada toksin-toksin dan bahan kimia yang merbahaya yang berada di sekeliling. Contohnya pemakaian wangi-wangian (perfume), deodorant, pengambilan makanan segera/ringan, dan pencemaran udara.

Oleh sebab itu, pengambilan supplement tambahan amat penting untuk memastikan kesihatan yang sempurna dan menjamin kehidupan yang lebih baik

No comments:

Post a Comment