Monday 11 February 2013

4 Sachet RM 50.00 10 Sachet RM110.00 30 Sachet RM 190.00

BSY - BSY Black Hair Magic - Berfungsi untuk mengatasi masalah migrain, rambut gugur, merawat uban, gatal kulit kepala & menyihatkan akar rambut, ia akan menghitamkan rambut anda dengan penggunaan kali pertama sahaja.Boleh digunakan pada bila-bila masa dan dimana sahaja, memastikan anda kelihatan muda dan berwajah baru. 
Kenapa Anda Perlu Menggunakan Produk BHM Ini? Sekiranya anda dapati ada produk lain dipasaran yang menyerupai produk BSY, pastikan ianya mempuanyai kelulusan KKM dan bernombor pendaftran yang sah.Produk in adalah keluaran asli BSY dengan kelulusan Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftraan NOT101102441K.
Bahan-Bahan Dan Keberkesanan:
  • Diperbuat daripada tumbuhan herba sebagai bahan kesihatan rambut. Intipati semulajadi tulin daripada Polygonum Multiflorum Thunb, ginseng untuk memulihkan kesihatan akar rambut anda. Rambut yang beruban bila kerap digunakan, akan menghitamkan rambut anda semula melalui pemulihan terapi ginseng dan Noni. Keberkesanannya terbukti sebanyak 6 kali lebih berkesan daripada produk lain di pasaran.

  • Sungguh mudah digunakan, keberkesanan hitam segera selepas penggunaan. Hanya perlu 7-10 minit untuk menghitamkan rambut secara semulajadi, bila-bila dan dimana saja. Ia memastikan kehitaman rambut anda dan terserlah dari akar ke bahagian akhir rambut. Gunakan 20ml (satu sachet) untuk setiap kali penggunaan.

  • Satu gabungan sempurna dengan ciri-ciri penghitaman rambut, seumpama vitamin rambut dan perapi. Kini anda boleh terus meninggalkan uban-uban yang merunsingkan anda.
        Berkesan dalam tempoh 7 - 10minit sahaja. Digalakkan pengunaan 2 atau 3 kali dalam sebulan untuk terapi rambut dan kulit kepala yang bermasalah.

Wednesday 6 February 2013

Tabita Skin Care Rm 350.00+10.00 Pos laju



Bagi anda yang belum mengetahui  produk Tabita Skin Care, berikut kami jelaskan produk beserta kegunaannya.
  1. DAILY CREAM : Cream siang yang dipakai pada pagi sampai sore hari untuk melindungi kulit wajah kita dari sinar matahari dan dapat     menghilangkan flek hitam dan meremajakan kulit muka.
  2. NIGHTLY CREAM : Cream malam yang dipakai pada malam hari untuk memutihkan kulit muka dan leher. Dapat juga di gunakan untuk menghilangkan kerutan yang ada di sekitar muka kita dan mengecilkan lubang pori-pori.
  3. FACIAL SOAP : Sabun Cair untuk membersihkan muka dan leher dari kotoran yang menempel dan dapat mengencangkan kulit muka.
  4. BODY SCRUB : Lulur untuk badan agar kulit badan kita bersih dan segar.
  5. SMOOTH LOTION : Pembersih dan penyegar kulit muka dan leher mengurangi jerawat dan kulit kusam, kulit  kembali bersih putih dan bersinar.
  6. BODY LOTION : Lulur untuk tangan dan kaki agar terlihat putih lembut dan tidak kering.
  7. FACE POWDER : Bedak untuk wajah membantu mencerahkan wajah hingga terlihat lebih segar.
  8. BEDAK CAIR : Cocok untuk kulit kering
  9. BEDAK TABUR : Cocok untuk kulit berminyak.
  10. SPECIAL CREAM : Vitamin untuk kulit muka di gunakan setelah pemakaian perawatan wajah TABITA SKIN CARE selama 3 bulan (untuk perawatan berlanjut).
  11. EYE CREAM : Cream untuk menghilangkan kerutan dan kantong mata di sekitar mata.
  12. FACIAL ACNE CREAM : Obat Jerawat, mencegah / menghilangkan jerawat dan menghilangkan flek hitam akibat jerawat.

Monday 4 February 2013

hydrolyzed collagen dihasilkan drp collagen marine melalui proses multi-state extraction iaitu ditulin-dipekat-disteril dan dikeringkan menjadi serbuk halus. Setelah dihidrolisis saiz molekular menjadi lebih kecil & mudah diserap oleh badan... daya penyerapan 2 kapsul bersamaan dgn 8,000mg collagen biasa.

Sunday 3 February 2013

NeuWhite



GLUTATHIONE dan COLLAGEN adalah dua perkara berbeza... Fungsinya juga berbeza.
GLUTATHIONE berfungsi sebagai antioksidan yang dapat mencerahkan kulit dengan mecerahkan melanin (sel kulit gelap) kepada warna yg lebih cerah. Glutathione sememangnya wujud dalam hati manusia, bezanya tinggi atau rendah sahaja. Ianya bukan sekadar anti-oksidan tetapi sebagai agen immune badan dan agen detoxify. Sumber semulajadi yang kaya Glutathione adalah susu ibu, cauliflower, avocado, potato, asparagus dan banyak lagi.

COLLAGEN berfungsi untuk membina sel-sel kulit baru, menguatkan ikatan sel-sel kulit membolehkan kulit jadi tegang, lembut, cerah, dan cantik. Sumbernya yang semulajadi adalah dari ikan. Ikan beriklim sejuk mempunyai paling banyak jumlah kolagen dalam badan. Kolagen biasa mempunyai saiz molekular antara 10,000 – 30,000 Dalton. Setelah melalui proses hidrolisis, saiznya menjadi lebih kecil iaitu kurang daripada 1000 Dalton. Dengan saiz molecular yang kecil, hydrolyzed Collagen mudah diserap oleh badan. Supplement kolagen terhidrolisis juga boleh merangsang badan menghasilkan lebih kolagen tersendiri. Profil asid amino yang tinggi – proses hidrolisis boleh mengasingkan komponen lain daripada kulit ikan dan yang tinggal hanya rangkaian asid amino sahaja. Tiada kolestrol dan lemak. Produk kami juga Halal daripada sumber ikan. Bila semakin meningkat usia, production collagen tak lagi seaktif zaman muda remaja.

Amalan pemakanan yang baik tidak mencukupi untuk memastikan bahan-bahan ini kekal dalam badan kerana persekitaran hidup kita pada zaman ini yang mudah terdedah kepada toksin-toksin dan bahan kimia yang merbahaya yang berada di sekeliling. Contohnya pemakaian wangi-wangian (perfume), deodorant, pengambilan makanan segera/ringan, dan pencemaran udara.

Oleh sebab itu, pengambilan supplement tambahan amat penting untuk memastikan kesihatan yang sempurna dan menjamin kehidupan yang lebih baik

Tuesday 22 January 2013

Bsy Fed Noni (Pati Buah Mengkudu) 8 Bottle 10ml RM 190.00 @ RM 80.00 2 Bottle 10ml

BSY - Antara khasiat yang terkandung di BSY Ekstrak Noni
Meningkatkan daya tahan tubuh, Menormalkan tekanan darah, Melawan tumor dan kanser, Menghilangkan rasa sakit, Anti keradangan dan anti alergi, Anti bakteria, Mengawal tekanan (stress) dan Mengawal perubahan energi tubuh.
BSY Noni Ekstrak ini secara umumnya dapat membantu penyakit di antaranya seperti:
Tekanan darah tinggi, Barah, Penyakit jantung, Kencing Manis, Masalah seksual, Lemah badan, Berat badan berlebihan, Masalah penghadaman, Masalah buah pinggang, Gout, Ketagihan merokok, Luka kecil/besar dan pelbagai lagi.
Kenapa Anda Perlu Menggunakan Produk BSY Ini?
Sekiranya anda dapati ada produk lain dipasaran yang menyerupai produk BSY, pastikan ianya mempuanyai kelulusan KKM dan bernombor pendaftran yang sah.Produk in adalah keluaran asli BSY dengan kelulusan Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftraan MAL09122045TC.

Tuesday 1 January 2013

Ketumbuhan Fibriod

Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.
Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid.
Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
fibriod
Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
fibroid08
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja. Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.
 Apakah Gejala-gejala Fibroid?
Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen.  Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang  sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.
Gangguan Haid
Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.
 Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.
Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.  Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.
 Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing
Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala  wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.
Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.
 Apakah Fibroid Perlu Dirawat?
Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.
 Fibroid Dirawat Secara Pembedahan
Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.
 Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.

Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan  ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.
Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang  ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila  masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan  berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.
Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.

Jeragat dan Parut Hitam




Jeragat dan parut hitam
Dr Nurhalina Azly binti Minhat,
timeless.timeless@gmail.com
Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami olehkebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompokhitam ini akan semakin bertambah.Punca jeragat ialahdaripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkanmelanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam
Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:
1) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabilajerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yangdikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
2) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukananak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yangdikenali sebagai "melasma". Addison's disease yangdisebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untukmengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akanmengakibatkan jeragat. Penggunaan pil perancang dan tabiatmerokok juga boleh menyebabkan jeragat.
3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapatahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akanbertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles danlentigenes ialah saiznya.
Jeragat boleh dibahagi kepada 2 jenis:
1)Epidermal, iaitu jeragat berada pada lapisan atas kulit
2)Dermal, iaitu jeragat berada pada lapisan dalam kulit
Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermaldan lebih sukar dirawat. Age spots, freckles dan lentigenespula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.
Cara merawat jeragat dan tompok-tompok hitam:
1) Penggunaan set penjagaan muka khas untuk masalahjeragat seperti Nu-Derm Obagi Medical dengan preskripsitretinoin untuk mengaktifkan sel kulit.
2) Penggunaan krim pemutih yang berasaskan hidrokuinonatas nasihat doktor untuk jangkamasa yang terhad sahaja.Selain itu, krim muka yang mengandungi arbutin, vitamin C,kojik asid atau peptide boleh digunakan untuk jangkamasalebih lama
3) "Chemical peel" boleh dilakukan atas pengawasan doktoruntuk mengurangkan jeragat. Glikolik peel bagi jeragat yangberada pada paras epidermal, manakala salicylic acid peelatau jessner's peel bagi jeragat yang berada pada paras dermaliaitu lebih dalam
4) Rawatan "intense pulsed light" atau "IPL" dapatmengurangkan jeragat yang berada di paras epidermal. IPLmengeluarkan cahaya yang memecahkan jeragat kepada saizyang lebih kecil
5) Rawatan laser "Q-Switched Nd-Yag" merupakan rawatan"gold standard" untuk jeragat samada epidermal atau dermal. Laser ini juga akan memecahkan jeragat kepada saiz yanglebih kecil yang akan dimusnahkan di dalam badan oleh selphagosit. Selepas rawatan laser, jeragat akan tampil lebihgelap dahulu beberapa hari dan kemudian akan lebih cerah.
Cara mencegah jeragat
1) Gunalah krim pelindung matahari sekurang-kurangnya spf40-50 dan pastikan anda mengaplikasikannya dua kali sehariatau setelah berpeluh. Lindungilah anak-anak kita darimatahari dengan penggunaan krim pelindung matahari dariumur mereka 6 bulan. Makanlah pil pelindung matahariHeliocare oral, yang terdapat di klinik sekiranya anda aktifbersukan, bermain golf, bercuti di pantai atau bekerja dipanas terik.Selain mengelak daripada jeragat, ia jugamengelak dari kanser kulit
2) Penggunaan set penjagaan muka yang tidak memudaratkankulit untuk jangkamasa yang lama seperti Kinerase yangmengandungi kinetin daripada tumbuh-tumbuhan untukmerawat kulit kusam, berjeragat dan sensitif
3) Lakukan rawatan chemical peel, ipl atau laser Q-switched/NdYag untuk mengelak jeragat daripada munculdan kelihatan lebih terang
4) Elakkan merokok. Jika jeragat disebabkan oleh pilperancang, tukarlah cara perancangan keluarga yang tidakberasaskan hormon seperti IUCD Cu250
5) Pemeriksaan darah untuk menstabilkan hormon bolehdilakukan dengan doktor anda
Oleh kerana jeragat mungkin berada di lapisan kulit yangberbeza-beza, Jeragat merupakan masalah yang memerlukanbeberapa rawatan susulan untuk mengurangkannya.Sekiranya rawatan terlalu drastik dilakukan kehilangan selmelanosit akan menyebabkan tompok-tompok putih yangkekal. Oleh itu lebih mudah mencegah jeragat daripadamerawatnya.

APA ITU COLLAGEN??

APA ITU COLLAGEN??

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung
 serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI COLAGEN

Menghasilkan asid amino penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
menampung air dalam tubuh.
meningkatkan penyerapan kalsium.
menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
meningkatkan isyarat induksi
menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN COLLAGEN KEATAS BADAN

- memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- memelihara kelembapan kulit
- menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
- menguatkan otot dan tulang
- membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
- memelihara kelenturan sendi
- mengurangkan keradangan(inflammation)
- memberi tenaga
- membantu pola tidur
- memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN COLLAGEN KE ATAS BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kuli

TANDA-TANDA PENUAAN

- tak bermaya(KULIT KUSAM)
- tiada seri
- kulit kedut dan mula kendur
- pigmentasi kulit 
- cepat letih dan lesu
- sakit badan dan sendi
- mudah lupa
- kurang penglihatan

Kanser payudara

Apa Itu Kanser Payudara?







Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

  • Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang.
  • Tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal.
  • Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai "peau d'orange".
  • Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk.
  • Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung.
  • Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal.
  • Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura

Peringkat Kanser Payudara

  • Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.
  • Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.
  • Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.
  • Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kanser Kulit



Latar belakang







Kulit adalah selaput luar tubuh. Ia melindungi kita daripada panas dan cahaya, luka, dan jangkitan. Ia mengawal suhu tubuh dan menyimpan air, lemak dan vitamin D. Dengan beratnya kira-kira 2.73 kg (6 paun), kulit adalah organ badan paling besar. Ia terbentuk dari dua lapisan utama: lapisan kulit luar dan lapisan kulit dalam.Kulit luar (epidermis)terbentuk daripada sel seperti sisik yang rata dipanggil sel-sel squamous?. Di bawah sel-sel squamous adalah sel-sel bulat yang dipanggil sel-sel basal. Bahagian paling dalam epidermis juga mengandungi melanosaita. Sel-sel ini mengeluarkan melanin yang memberikan warna kepada kulit.Lapisan kulit dalam (dermis) mengandungi darah dan saluran limfa, folikel rambut, dan kelenjar-kelenjar. Kelenjar-kelenjar ini menghasilkan peluh yang membantu mengawal suhu badan dan sebum iaitu sejenis rembesan berminyak yang mengelakkan kekeringan. Peluh dan sebum sampai kepermukaan kulit melalui liang-liang roma

JENIS-JENIS KANSER KULIT:
  • Dua jenis kanser kulit yang paling biasa adalah sel basal karsinoma dan sel squamous karsinoma. Karsinoma adalah kanser yang bermula dalam sel-sel yang menyeliputi atau membarisi organ sel basal karsinoma dan sel squamous karsinoma yang kadangkala dipanggil kanser kulit (non-melanoma?). Sejenis kanser lain yang terjadi di kulit adalah melanoma, yang bermula di melanosaita

SEBAB-SEBAB DAN CARA MENCEGAH

  • Beberapa faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang itu mendapat kanser kulit. Radiasi sinaran ultraviolet (UV) daripada matahari adalah punca utama kanser kulit. Punca-punca radiasi UV tiruan seperti lampu-lampu matahari (sunlamps) dan pusat penggelapan kulit (tanning booth) juga boleh menyebabkan kanser kulit. Walaupun sesiapa sahaja boleh mendapat kanser kulit, risikonya adalah lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai kulit cerah dan ia sering menimpa mereka yang mempunyai rambut merah atau perang dan bermata biru atau mata yang berwarna cerah.Risiko mendapat kanser kulit juga dipengaruhi oleh tempat di mana seseorang itu tinggal. Mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap radiasi UV yang tinggi lebih berisiko mendapat kanser kulit. Di Amerika Syarikat contohnya, kanser kulit lebih kerap berlaku di Texas daripada di Minnesota, di mana matahari tidak begitu terik. Di seluruh dunia, kadar kanser kulit tertinggi didapati di Afrika Selatan dan Australia iaitu kawasan-kawasan yang menerima jumlah radiasi UV yang tinggi. Sebagai tambahan, kanser kulit juga dikaitkan dengan pendedahan seumur hidup terhadap radiasi UV. Kebanyakan kanser kulit berlaku selepas umur 50, tetapi kesan kerosakan akibat matahari bermula pada usia yang lebih awal. Oleh itu, perlindungan perlu dibuat sedari kecil demi mencegah kanser kulit di kemudian hari. Elakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari pada waktu siang. Pakaian pelindung seperti topi dan baju berlengan panjang boleh menghalang sinaran matahari yang memudaratkan. Losyen yang mengandungi pelindung matahari juga boleh melindungi kulit.Pelindung matahari (sunscreen) diukur kekuatannya berdasarkan faktor perlindungan matahari (sun protection factor SPF), yang diukur dalam lingkungan 2 hingga 30 atau lebih. Pelindung matahari yang berkadar 15 hingga 30 dapat menghalang kebanyakan sinaran matahari yang memudaratkan.

TANDA-TANDA?

Perhatikan tanda-tanda berikut:
  • anda amaran kanser kulit yang paling biasa adalah perubahan kepada kulit, terutamanya ketumbuhan baru atau luka yang tidak sembuh. Kanser kulit tidak semuanya kelihatan sama. Sebagai contoh, kanser tersebut mungkin bermula sebagai benjolan kecil, licin, berkilauan, pucat, atau kelihatan berlilin. Atau ia boleh muncul sebagai benjolan merah yang jelas. Kadangkala benjolan tersebut berdarah atau membentuk kerak. Kanser kulit juga boleh bermula sebagai tompokan rata, merah, kasar, kering atau bersisik.Kedua-dua kanser sel basal dan sel squamous banyak berlaku terutamanya di kawasan kulit yang terdedah kepada matahari kepala, muka, leher, tangan, dan lengan. Walau bagaimanapun, kanser kulit boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Aktinik keratosis, yang muncul sebagai tampalan bersisik, kasar, merah atau perang pada kulit dikenalpasti sebagai tanda awal pembentukan kanser kerana kadangkala ia membentuk menjadi kanser sel squamous. Ia biasanya muncul di kawasan-kawasan badan yang terdedah kepada matahari tetapi boleh juga berlaku di kawasan-kawasan lain

MENGESAN DAN DIAGNOSIS?

  • MengesanKanser kulit boleh sembuh 100 peratus jika setiap satu daripadanya dirawat dengan segera oleh doktor sebelum ia berpeluang untuk tersebar. Oleh itu kita perlu membuat pemeriksaan dengan kerap bagi mengesan ketumbuhan-ketumbuhan baru atau lain-lain perubahan pada kulit. Setiap ketumbuhan baru yang berwarna atau sebarang perubahan pada ketumbuhan yang sedia ada perlu dirujuk kepada doktor dengan segera. DiagnosisSel basal karsinoma dan sel squamous karsinoma selalunya didiagnosis dan dirawat dengan cara yang sama. Apabila satu kawasan kulit kelihatan tidak normal, doktor mungkin membuang semua atau sebahagian daripada ketumbuhan tersebut. Ini dipanggil biopsi. Untuk memeriksa sel-sel kanser, tisu tersebut diperiksa di bawah mikroskop oleh ahli pathologi atau pakar kulit (dermatologis). Biopsi adalah satu-satunya jalan untuk mengenalpasti sesuatu masalah itu sebagai kanser.Para doktor selalunya membahagikan kanser kulit kepada dua peringkat: lokal (mempengaruhi hanya kulit sahaja) atau metastatik (menular ke kawasan lain).

MERAWAT KANSER KULIT

  • Rawatan untuk kanser kulit biasanya melibatkan pembedahan. Dalam sesetengah kes, pihak doktor akan mencadangkan terapi radiasi atau kemoterapi atau gabungan kaedah-kaedah tersebut.
Pembedahan
  • Kebanyakan kanser kulit boleh dipotong daripada kulit dengan cepat dan mudah. Kadangkala kanser tersebut dibuang sepenuhnya semasa biopsy dijalankan dan rawatan susulan tidak diperlukan.
Kuretage and Elektrodesikasi
  • Pihak doktor selalunya menggunakan jenis pembedahan yang dipanggil kuretage. Selepas ubat bius mengebaskan kawasan yang berkenaan, kanser tersebut dikaut dengan kurette, satu alat yang berbentuk sudu tajam. Kawasan tersebut juga dirawat dengan elektrodesikasi. Arus elektrik dari mesin khas digunakan untuk mengawal pendarahan dan membunuh apa juga sel kanser yang tinggal disekitar luka tersebut
Pembedahan Mohs
  • Teknik Mohs adalah sejenis pembedahan istimewa digunakan untuk kanser kulit. Kegunaannya adalah untuk membuang semua tisu yang mempunyai kanser dan sesedikit mungkin tisu yang sihat. Ianya membantu terutamanya apabila doktor tidak pasti bentuk dan kedalaman ketumbuhan tersebut. Disamping itu, kaedah ini digunakan untuk membuang ketumbuhan yang besar, ketumbuhan di tempat yang sukar diubati, dan kanser yang berulang
Cryosurgery
  • Kesejukan yang ekstrem mungkin digunakan untuk merawat keadaan kulit pada awal permbentukan kanser, seperti aktinik keratosis, begitu juga kanser kulit tertentu. Dalam cryosurgery, cecair nitrogen dibubuh ke ketumbuhan untuk membeku dan membunuh sel-sel yang tidak normal. Selepas kawasan tersebut cair, tisu-tisu mati akan terkupas. Lebih dari satu pembekuan mungkin diperlukan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan tersebut.Cryosurgery selalunya tidak menyakitkan, tetapi pesakit-pesakit mungkin mengalami kesakitan dan pembengkakkan selepas kawasan tersebut cair.
Pengetutan
  • Kadangkala, terutamanya apabila kanser yang besar telah dibuang, pengetutan kulit diperlukan untuk menutup luka tersebut dan mengurangkan jumlah parut. Bagi prosedur ini, doktor akan mengambil sekeping kulit yang sihat daripada bahagian badan yang lain untuk menggantikan kulit yang telah dibuang.
Terapi Laser
  • Terapi laser menggunakan sinaran cahaya yang halus untuk membuang atau menghapuskan sel-sel kanser. Pendekatan ini kadangkala digunakan bagi kanser yang melibatkan hanya lapisan luar kulit.
Radiasi
  • Kanser kulit bertindak balas dengan baik terhadap terapi radiasi (juga dipanggil radioterapi), yang menggunakan sinaran tenaga-tinggi untuk merosakkan sel-sel kanser dan menghentikan pertumbuhannya. Para doktor sering menggunakan kaedah rawatan ini bagi kanser-kanser yang timbul di kawasan-kawasan yang sukar dirawat dengan pembedahan seperti kelopak mata, hujung hidung, atau telinga. Beberapa rawatan mungkin diperlukan untuk menghapuskan semua sel-sel kanser. Terapi radiasi mungkin menyebabkan ruam atau menjadikan kulit di kawasan tersebut kering atau merah. Perubahan warna kulit dan/atau tekstur mungkin terbentuk selepas rawatan selesai dan mungkin menjadi lebih kelihatan beberapa tahun kemudian.
Kemoterapi Topikal
  • Kemoterapi topical adalah penggunaan dadah anti kanser dalam bentuk krim atau losen yang dibubuh kepada kulit. Aktinic keratosis boleh dirawat secara efektif dengan dadah anti kanser fluorourasil (juga dipanggil 5-FU). Kaedah rawatan ini juga berguna bagi kanser-kanser yang terhad kepada lapisan kulit teratas. 5-FU tersebut dibubuh setiap hari untuk beberapa minggu. Keradangan yang teruk adalah biasa semasa rawatan, tetapi selalunya tidak meninggalkan parut.

Kanser Servik Pembunuh Wanita !!!








Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan antara kanser yang utama berlaku di kalangan wanita dan merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara termasuk di Malaysia. 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah itu kanser servik?

Kanser pangkal rahim (Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.), penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.

Bagaimana ia merebak?

  • Berlaku di sekitar servik
  • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant' seperti paru-paru melalui sistem aliran darah

Penyebab Kanser Pangkal Rahim

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

KAJIAN DARI WHO (PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA )

Menurut laporan WHO, 80% daripada wanita di dunia ini menghidapi penyakit ginekologi yang berbeza tahap.75% daripada penyakit ginekologi adalah disebabkan oleh penjagaan yang tidak betul ketika haid dan penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti.Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Tanda dan gejala kanser pangkal rahim.

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Berbau
  • Bercampur darah
  • Kehadiran darah beku
  • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina